Jumaat, 27 Mei 2011

FitRah HidUp. . ( pArt 3 )



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. .


Assalamualaikum. .  :)

Apabila Allah memberi kejayaan pada hambanya , maka hamba itu perlu mengucap syukur dan ketahuilah bahawa setiap yang diberi Allah tidak akan kekal menjadi milik manusia.Mungkin ketika itu , kita berasa gembira dan teramatlah syukur pada Yang Esa akan tetapi kita harus berwaspada dengan musuh nyata yang tidak pernah jemu menyesatkan kita.




Siapa tahu pada saat kita berjaya , hati kita sudah pun dimasuki syaitan yang akan menjadikan kita terleka dan bangga dengan apa yang telah kita kecapi.Seterusnya lama - kelamaan kita berasa bahawa pada ujian atau apa - apa yang berlaku kelak , kita tidak perlu begitu bersusah payah kerana kejayaan itu milik kita.Dan berasa kejayaan itu pasti dalam genggaman kerana kita pernah merasainya.


Ya Allah , sama - sama kita berdoa supaya perasaan riak dan takbur tiada dalam diri kita.Meskipun , kita telah menjadi manusia yang berjaya.Ingatlah bahawa setiap yang diberi Allah adalah ujian buat kita.Tidak terlepas walau sesaat pun ujian Allah itu tanpa kita menyedarinya. .


* * * * *



Aku hanya remaja yang perlukan keseronokan dan kebebasan.Itu sudah pasti buatku.Aku akur dengan ayah.Mungkin dia ada sebab tersendiri untuk memastikan aku kekal disekolah itu.Aku memasuki kelas pertama ketika berada dalam tingkatan 4 atas keputusan PMR ku yang cemerlang.




Entah , aku berasa lain ketika itu.Aku tidak lagi nakal seperti sebelumnya.Maksudku , aku tidak lagi berkelakuan seperti aku di tingkatan 3.Mungkin kerana rakan - rakan seperjuanganku ramai yang berpindah ke sekolah lain , maka kenakalanku berkurangan.Hahaha..  :P


Aku meneruskan hidupku seperti biasa.Aku masih lagi berhubung dengan senior lelaki itu.Kami menjadi semakin rapat.Senior itu sudah pun habis sekolah memandangkan jarak umur kami 2 tahun.Aku masih membawa barang larangan ke sekolah.Sering berbalas mesej dengan senior itu.
Akhirnya , kami ber 'kapel' . .  ( =_= )




Rakan - rakan sekolahku mengetahuinya.Aku tidak pasti bagaimana mereka tahu sedangkan kami berdua berjanji mahu merahsiakannya.Selama kami berhubungan , aku tahu bahawa ramai yang tidak menyukainya.Entah , aku tidak tahu.Tetapi , aku amat terbeban dengan perkara itu.




Walaupun aku akan menghadapi peperiksaan SPM , aku masih tidak serius tentang itu.Guru - guruku mengharapkan kami untuk peperiksaan itu kerana kami pelajar kelas pertama.Bukan tidak mahu berharap pada pelajar lain  tetapi seboleh - bolehnya mereka berharap kami akan berjaya mengharumkan nama sekolah.Pada aku , aku tidak layak untuk harapan mereka.


Aku bukanlah seorang yang bersungguh - sungguh.Kadang kala , aku hanya tidur ketika kelas persediaan.Ngantuk.Aku lemah dalam subjek Matematik Tambahan.Subjek killer.Selalu mendapat keputusan gagal daripada aku di tingkatan 4.Lulus hanya beberapa kali sampai boleh dikira sebelah jari tangan sahaja. ( x_x )




Keputusan SPM ku biasa - biasa sahaja.Tidak terumum pun di pentas.Bukan pelajar cemerlang.Ibubapaku sedikit kecewa denganku.Aku juga begitu tetapi aku tahu aku tidak layak untuk cemerlang kerana aku sendiri tahu bagaimana usahaku untuk SPM.Okay , semua itu sudah berlalu , aku mengambil kembali handset ku yang dirampas ketika di tingkatan 4.Kantoi. .


Selama 4 bulan bersantai dirumah , menunggu keputusan matrikulasi atau pun universiti.Aku bekerja sementara dengan ibuku.Aku menjadi guru mengaji dikelas ibu.Hah , macam tak percaya budak teruk ni jadi ustazah ~ Entah , pada ibu , aku layak untuk mengajar Al - Quran.Aku memang agak malas untuk mengajar memandangkan itu satu pekerjaan yang berat bagiku.




Pada ku , duduk dirumah lagi berbaloi.Aku tahu jika aku tersalah ajar budak - budak kecil tu mengaji , berapa dosa yang aku akan dapat.Lagi - lagi ketika aku mengajar pelajar yang sudah pun membaca Al - Quran.Ada yang memanggilku cikgu dan ada yang memanggilku kakak.Tidak kisah la mana - mana pun.


Ayah memanggilku ustazah rock ! Haa , sedapnya panggil macam tu.Ayah ku tahu perangaiku , kelakuanku. .Amat kontra jika hendak dibandingkan dengan kelakuan sebenar seorang ustazah.Aku bukan mahu pun kerjaya ustazah ni.Aku tidak suka mengajar.Jika mengajar pakai baju kurung atau jubah , jika diluar 'seksi'.Ahh , dah aku macam tu , aku berkata pada ibu bahawa pada suatu hari , aku akan berubah.Hanya jika sudah tiba masanya. .




Pada saat gembira pasti ada duka.Pada saat mengecapi sesuatu pasti ada sebaliknya.Pada saat berjaya pasti ada gagalnya.Ya , aku bakal menghadapi saat -  saat itu. .




To be continued. .


p/s : haih , tak balik minggu ni. .belajar lah shida !  :P



1 ulasan: