Isnin, 4 Julai 2011

PedihnyA hAti oRang tUa mu. . .


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. . .


Assalamualaikum. .  :)
Kembali lagi kita dalam rancangan bersama Cik Rangkerz ! Oh yeah !  :P

Kali ni aku nak paparkan kisah sedih lagi menyayat hati.. (ececehhh..) Eh , betul la. Meh baca kisah kat bawah ni. Hanya sebagai iktibar , pengajaran dan harapnya kita semua sebagai anak , akan tidak melakukan perkara - perkara yang bisa menyedihkan hati orang tua kita. Hee. .  :)

* * * * *

Aku sudah bergelar ibu kepada 4 orang anak. Perasaanku menjadi seorang ibu memang tidak dapat digambarkan dengan kata - kata. Gembira ? Suka ? Syukur ? Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Suamiku seorang yang amat baik. Bekerja keras siang dan malam. Selalu berkorban demi keluarga tercinta. Aku akui , aku sedikit manja. Jika aku tidak dapat apa yang aku inginkan , terkadang aku merajuk. Bunyinya seperti budak kecil. Tetapi , aku semampunya mengubah kelakuan ku yang satu itu. Suamiku amat penyabar. Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan suami yang sebegitu untukku. .  :)








Perkahwinanku kini sudah hampir mencecah 24 tahun. Wah , aku sendiri tidak menyangka. Anak - anakku sudah semakin membesar. Terlalu banyak karenah yang terpaksa aku lalui sepanjang bergelar ibu. Maklumlah , anak - anak mencecah usia remaja , mereka kadang - kadang memberontak. Apa yang mereka mahu adalah keseronokan dan kebebasan. Sudah banyak kali aku nasihatkan mereka tetapi tidak semuanya masuk kepala. Alhamdulillah kedua - dua anak perempuanku tidak sebegitu. Hanya kedua - dua anak lelakiku berperangai nakal.










Anak sulungku perempuan. Kini dia belajar di salah sebuah universiti tempatan mengambil master. Kedua , anak lelaki , dia baru melepasi diploma tetapi dia tidak mahu belajar lagi. Katanya mahu bekerja. Ketiga anak perempuan , dia baru memasuki politeknik. Bongsu , anak lelaki , baru memasuki tingkatan 5. Alhamdulillah , walaupun ada diantara mereka yang kurang berpotensi dalam bidang akademik , tetapi mahir dalam bidang kemahiran.




Kadang kala kelakuan anak keduaku amat menghiris hati. . Aku akui , he is the black sheep of the family. Dari dahulu hingga kini , tidak pernah kurang masalah yang hadir sehinggakan aku tidak dapat menghadapinya seorang diri.








Saban sepertiga malam , aku melakukan solat tahajjud dan solat hajat.Aku pohon kepada Allah supaya keluargaku sentiasa bahagia , mengikut perintah agama dan diberi petunjuk oleh Allah. Aku mahu anak - anak lelaki ku menjadi insan yang berguna. Aku terlalu sedih melihat mereka. Berkawan dengan kawan - kawan yang aku lihat seperti tiada masa hadapan. Bergaul dengan perempuan free hair , pakaian tidak menutup aurat dan bahasa yang mereka pertuturkan amat kasar sebagai orang perempuan. Ibu mana yang tidak sedih ? Apakah aku kurang memberi didikan agama kepada mereka ? Apakah ini semua berpunca daripada diri aku sendiri ? Aku sering mengadu kepada suamiku. Aku tahu suamiku tertekan juga dengan mereka. Kasihan suamiku. Mencari nafkah , melayan anak - anak , mendengar masalah ku dengan anak - anak. .  ;(




Aku mengadu pada Allah. Hanya Dia yang dapat membantuku. Aku tahu bahawa semua ini dugaan yang datang dariNya untuk menguji diriku. Apakah aku terlalu lemah untuk ini ? Apakah aku tidak dapat menghadapi dugaan ini ? Apakah aku sudah tewas ? Dugaan yang datang tidak terhenti begitu saja. Apatah lagi yang melibatkan anak - anakku. Kesabaranku teruji , apakah aku harus berkeras dengan mereka atau apakah aku harus berlemah lembut pada mereka ?








Suamiku berbeza denganku. Dia kadang kala terlalu bertegas dengan anak-anak. Kadang kala tidak pula sehinggakan mereka terlebih dapat kemahuan yang mereka mahu. Entah , adakah aku dan suamiku mendidik anak - anak dengan baik ? Sempurna ?


Kadang kala persoalan itu sering berlegar - legar di fikiran. . .




Hinggalah pada suatu hari. .


Aku berasa hairan melihat anak lelakiku yang sudah bekerja itu. Kelakuannya amat menimbulkan tanda tanya. Biasanya dia akan meletakkan baju kotornya di mesin basuh dan hanya bertuala. Tetapi , dia bertuala dan memakai baju itu semula selepas keluar dari bilik air. Selepas masuk ke bilik , barulah dia akan menukar yang baru dan meletakkan baju yang kotor tadi di mesin basuh.




Bukan itu sahaja , dia tidak pernah memakai baju berlengan pendek di rumah. Sebelum ini dia tidak begitu. Tetapi aku hanya membiarkan. Selepas dia tinggal dirumah sewa , aku jarang berjumpa dengannya.








Aku amat merindui anakku yang satu itu. Bukan beerti aku tidak merindui anak - anakku yang lain tetapi anak lelakiku itu jarang menelefonku. Aku risau akan keadaannya , adakah dia makan atau tidak , aku risau. Suamiku hanya membiarkan. Dia mengatakan anakku itu berada dalam keadaan baik. Pandailah dia jaga diri. .  ( =_=)  Tetapi , aku tetap risau. .




Dalam suka , ada duka. Jika ada pelangi , ada pula mendung dan hujan. Ada panas , ada dingin.
Begitulah keadaanku apabila. .


Aku menitiskan air mata , menangis semahu - mahunya. Apakah aku kurang tegas dalam mendidik anak ? Apakah aku kurang memberi didikan agama sehingga anakku melakukan perkara yang dilarang agama ? 








Suamiku pernah berkata pada anak keduaku bahawa dia tidak payah pulang ke rumah jika dia tidak membetulkan dirinya. Aku tidak tahu apakah sebabnya tetapi aku memang mahu berjumpa dengannya. Apabila dia tiba di rumah , suamiku menyuruh dia membuka kemejanya. .


Ya Allah , aku amat terkejut ! Anakku mempunyai tatu di lengan. Bukannya kecil tatunya. Rupanya suamiku sudah tahu tetapi dia merahsiakannya kerana takut aku bersedih. Patutlah selama ini anakku itu berkelakuan pelik. Dia tidak mahu aku tahu yang dia mempunyai tatu. Aku tidak tahu pula bagaimana suamiku mendapat tahu. Aku hanya menangis. Teramat sedih , sakit , pedih rasanya. Teramat sangat. Astaghfirullah , apakah anakku itu sudah terpesong hidupnya ?










Suamiku menyuruh anakku itu membuang tatu. Bukannya benda mainan. Aku tahu itu amat sakit jika kita mahu membuangnya. Ya Allah , kenapalah anakku itu melakukan perkara yang dilarang ? Tatu adalah perkara yang mengubah ciptaan Allah. Berdosa hukumnya.




عَنْ عَبْدِ اللهِ قَالَ: لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ تَعَالَى، مَالِي لاَ أَلْعَنُ مَنْ لَعَنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي كِتَابِ اللهِ


Nas yang dijadikan sandaran bagi pengharaman tatu pertamanya daripada hadis Rasulullah SAW daripada Abdullah bin Umar: Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari)




Kesemua larangan tersebut bukan hanya untuk perempuan tetapi kepada lelaki juga. Tidak ada yang terkecuali. Lagi sedih aku rasakan apabila dia mewarnakan rambutnya juga. Adakah anakku itu tidak tahu bahawa mewarnakan rambut juga haram ? Tidak sah solatnya. Adakah anakku meninggalkan solat ? Meninggalkan puasa ? Ya Allah , beratnya beban yang perlu aku hadapi. . .








Aku menelefon anak sulungku. Aku menceritakan apa yang berlaku pada hari itu. Aku sekadar mahu berkongsi dan meluahkan perasaan. Tidak tahu pada siapa aku ingin lepaskan sedikit beban. 
Aku bimbang juga jika anak sulungku itu sibuk , tetapi mujurlah dia sedang berehat. Aku tahu dia juga sedang menangis sepertiku tetapi dia sedang menyembunyikannya. Dia hanya mendengar dan mengiyakan. Terkejut mungkin. Suaranya lemah dan berbeza dari awal perbualan. Aku juga menelefon anak perempuanku yang berada di politeknik. Aku memberi nasihat padanya agar dia tidak melakukan perkara yang dilarang agama. Aku bimbang memandangkan dia berada di tengah bandar. Sosial berleluasa. Tidak lupa juga pada anak bongsuku. Aku tidak mahu anak lelakiku yang bongsu ini menjadi seperti abangnya. 




Ya Allah , aku benar - benar mahu anakku itu berubah menjadi insan dan hamba yang mengikut perintahMu. Bukakanlah pintu hatinya untuk berubah dan kembali ke pangkal jalan. Berilah dia petunjuk dan hidayahMu Ya Allah. . Bantulah dia Ya Allah. .








Inilah ujian , dugaan yang perlu dihadapi olehku apatah lagi semua ini benar - benar menyentap perasaanku sebagai ibu yang bekerja sebagai seorang ustazah. . .






* * * * *


 Sama - sama kita jadikan sebagai pedoman dan sebenarnya itu lumrah kehidupan. Memang ada diantara ibubapa yang agamanya cukup baik tetapi anak - anak mereka belum tentu seperti mereka. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang tahu hikmah disebaliknya. 


Iman tidak boleh di warisi , iman tidak boleh dijual beli. The end.  :)


Sehingga bertemu lagi pada hari yang lain dan waktu yang lain. Cik Rangkerz dah penat menaip ni. Akhir kata , TINGKATKAN PAHALA , KURANGKAN DOSA ~  :)
Wassalam



p/s : group elsp aku dapat tempat kedua. Hehe. Tapi , alsp tak menang. . Tak apalah , asalkan dapat pengalaman kan. Haa ! Selasa dan rabu exam ! Wish me luck and after that balik rumah for the next 2 month ! Weeee ~~~  :)

2 ulasan:

  1. NICE..AWAK LEY JDIK PENULIS R HEEE :)

    BalasPadam
  2. yaaaa ! jugele ?
    mne ade ! jht laaa..
    da la bdk cute tu xadd sye ~~
    ahahaha..anyway , kamsamida ! :D

    BalasPadam