Rabu, 10 Ogos 2011

NafSu Oh nAfsu !


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .


Pheww , lama suda tak update. Nak kata busy , tak. Mungkin disebabkan oleh kehadiran abang dan adik laki aku yang menyibuk je. Haha. Itu sebablah tak dapat nak sentuh laptop sendiri. Sebagai adik dan akak yang baik , aku bagi jela dorang online. . Sob , sob , sob. .  :P



Hmm , entry kali ni aku nak bercerita pasal syaitan dan nafsu. Ahakz , terbatuk - batuk bila sebut nafsu ~ 



Bulan Ramadhan ni syaitan diikat dan dorang tu tak bebas bergerak macam bulan - bulan yang lain. Padan muka ! Muahahaha. . .

Tapi . . .


Nafsu macam mana ?


Jeng , jeng , jeng ~



Nafsu pula tak kira masa , saat , minit , jam , minggu , bulan  dan tahun selalu ada kan. Cuma nafsu tu bergantung pada manusia. Kalau manusia pandai kawal , so no problem. Yang jadi problem , bila manusia tak pandai nak kawal nafsu sendiri. Betul tak ?



Haa , tengok la sekarang ni. Even sekarang bulan Ramadhan tapi dosa dan maksiat tu still berlaku. Kemungkaran masih berlaku. Berleluasa juga , sama macam bulan - bulan lain. Takkan nak kata tu semua berlaku sebab si syaitan durjana tu ? Iyakahh ?



Walaupun syaitan tak bebas bergerak untuk menghasut manusia tapi nafsu bebas bila - bila masa je. Sebab nafsu tu ada dalam diri kita. Takkan nak pi buang nafsu jauh - jauh , campak dalam laut ? Nafsu tu fitrah manusia. Setiap manusia ada nafsu , kalau tak ada dah pelik namanya. Bukan manusia la tu.



Macam yang aku mention tadi , kita mesti pandai mengawal nafsu. Bukan hanya kawal nafsu nak makan , nak minum. But kawal nafsu nak buat maksiat , nak buat benda - benda tak baik , nak buat perkara yang boleh kurangkan pahala puasa , nak ponteng puasa. . 


Ha , nafsu nak beli makanan banyak - banyak kat bazar ! 
Jaga - jaga. .  :P



Haa , ada je manusia yang tak puasa dalam bulan Ramadhan ni. So , kita nak salahkan siapa ? Nak salahkan syaitan ? Nak salahkan nafsu ? Ada yang puasa tapi tak solat , ada yang puasa tapi tak buat perkara baik. Ada yang dok beli baju selori , beli itu ini dalam skala yang besar untuk sambut raya. Haih . . 


Bersederhana tu lebih elok.



Huwaa , hebat juga ea nafsu ni. Kalau kita tak pandai kawal , nafsu tu sendiri yang kawal kita. Jadilah kita ni si hamba kepada nafsu sendiri. Teruk betul kan. .



Bila syaitan hasut , bahaya. Bila nafsu hasut , bahaya. Bila syaitan bergabung tenaga dengan nafsu untuk hasut , double bahaya !



Astaghfirullah. .



Ya Allah , sama - sama kita berdoa agar kita pandai mengawal nafsu. InsyaAllah , bila kita sudah pandai mengawal diri daripada nak melakukan kemungkaran , maksudnya kita dah pandai mengawal nafsu. Chop ! Not only kemungkaran but pembaziran juga. .



Jangan lupa beristighfar. Jadikan itu sebagai amalan. Bila kita terdetik nak lakukan sesuatu yang tak baik , ataupun tanpa sedar kita terbuat perkara yang tak sepatutnya , cepat - cepat istighfar. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun.



Jangan lupa berzikir juga. Lepas solat , berilah ruang pada diri kita untuk meluangkan masa berzikir pada Allah. Berselawat pada Rasulullah SAW. Kan itu satu amalan. Supaya kita lebih ingat pada Allah. 



Bila nak buat something tak baik , kita ingat Allah. Then , kita tak jadi nak buat. Dapat dah pahala kat situ kan. Walaupun pada awalnya kita nak buat kemungkaran , tapi bila kita tak laksanakan kemungkaran tu , Allah beri kita pahala. Pemurahnya Allah pada kita. Apatah lagi kalau kita buat kebaikan.



Berselawat pada Nabi SAW pun jangan lah masa maulidurrasul je kan. Dalam solat , kita berselawat. Lepas solat pun , berselawatlah. InsyaAllah , Rasulullah SAW akan bagi syafaat pada kita masa di padang mahsyar nanti. 



Lagi satu , ada malaikat yang akan melihat manusia yang berselawat pada Rasulullah SAW. Malaikat tu akan terus mencari hamba - hamba Allah yang berselawat pada Nabi dan memberitahu nama - nama manusia tersebut pada Rasulullah. Baginda akan mengingati nama yang berselawat padanya. Syafaatnya akan diberi kelak.



Bukan ini sahaja. Banyak lagi cara dan amalan untuk mengawal nafsu. Yang penting , banyakkan buat amalan baik secara istiqamah. Lepas ni  dah bulan Syawal. Syaitan akan bebas balik. Jadi , sekarang ni perlu kawal diri sebab lagi payah bila nak kawal diri daripada hasutan syaitan. Ditambah pula dengan nafsu.



Ada seorang peniaga ni cakap , " Dorang ni raya je nampak tapi puasa tak nampak. . " 

Hohooo. . Terbaik dari ladang lah ayat dia.



Tingkatkan iman , kurangkan nafsu !




Walkie - talkie : Menunggu cinta ? Menunggu itu satu penyeksaan. Menunggu untuk dicintai manusia itu menyeksa. Menunggu dengan harapan , manusia yang kita cintai itu akan mencintai kita juga itu satu penyeksaan. Tapi , hikmah Allah jauh lebih baik dari yang kita sangka. Allah akan hadirkan kebahagiaan untuk penungguan kita itu dengan sangkaan yang terjangka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.


Mencintai dalam diam itu lebih baik bagi perasaanku dan perasaanmu,
Mencintai dalam diam itu diangrhkn kpdku krn ku ingin memuliakanmu dan jika memg cinta dlm diam itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara didunia nyata,biarlah menjadi memori tersendiri disudut hati ini,dan jika dia bkn utk dimiliki aku ykn Allah akn mnghps cinta dlm diamku pdmu dgn membrikn rasa lbh indah pd insn yg tepat..

Dicopy daripada status Fb Azzuan Jamil. Hakhak.


p/s : GumihoShi ada penyakit susah nak tidur. Aiyakk. . Otoke ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan