Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .
Assalamualaikum. . . :)
Kelip , kelap , kelip , kelap. . Dah masuk hari ke-4 kita berpuasa kan.
Uwaa , cepat je masa berlalu.
Ha , mesti korang pergi bazar kan ? Cehh , terliur la sangat. Dua hari lepas pergi bazar tapi kan , tapi kan. . . boleh pula aku tak tahu nak beli apa.
Tengok kanan tengok kiri , hak alah. Pening kepala ~ (x_x)
Bulan Ramadhan ni banyak amalan yang kita selalu buat kan. Contoh , solat tarawih , tadarus Al - Quran , apa lagi ea ? Bersedekah , bagi makanan kat jiran - jiran. Banyak lagi la kan. Tak terkira.
Ahak ! Tapi aku nak ambil satu amalan ni. Membaca Al - Quran. Memang sinonim la kan. Selalu kita berazam bila dah masuk Ramadhan , " Aku nak khatam Al - Quran. Nak habiskan 30 juzuk. "
Ohook ! Habis tak ? Kekadang azam tak sampai , tapi bertuah la kepada yang dapat habiskan baca Al - Quran.
Sabda Rasulullah SAW : " Bacalah Al - Quran kerana sesungguhnya ia akan datang di hari akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya ( pembacanya ). " (Riwayat Muslim)
Al - Quran yang Allah turunkan kepada kita adalah kitab yang sangat mulia. Memang tak sama dengan kitab - kitab yang lain. Memang tak sama dengan buku - buku ciptaan manusia. Bahasa Al - Quran tu amatlah indah dan isi kandungan Al - Quran tu merangkumi semua aspek. Sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana.
Lagi - lagi dalam bulan Ramadhan , memang memberi ketenangan kepada yang membaca. Not only kita baca mashaf tu sendiri , tapi sama ada baca terjemahannya , atau bacaan surah ketika solat , atau yang dijadikan amalan untuk berzikir dan banyak lagi. Sebab semua amalan tu dikira menghidupkan Al - Quran.
Firman Allah SWT : " Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al - Quran sebagai hidayah kepada manusia dan juga penjelasan kepada sebahagian daripada hidayah dan sebagai pemutus kepada kebenaran dan kebatilan. . . " ( Al - Baqarah : 185 )
Al - Quran itu adalah petunjuk , terapi dan syafaat kepada kita.
Tapi. . ( omoo ! mesti korang kata " tapi lagi. . " ) :P
Barakah apabila kita membaca Al - Quran tu hanya akan dapat dirasai dan diperoleh apabila kita try untuk faham dan hayati makna setiap ayat. Elok la kalau kita baca terjemahannya sekali. Kita baca 4 muka surat , contohnya. Then kita bacalah terjemahan untuk bacaan yang kita baca.
Kita mengaji , kita baca terjemahan sekali. Bila kita faham makna , bila kita tahu , kita akan tahu betapa indahnya Al - Quran tu sebenarnya. Dari situ , kita dapat kenal Allah. Betapa indahnya Allah itu sebagai Pencipta kita.
Selain tu , kita pelu baca Al - Quran dengan makhraj huruf yang betul. Setiap huruf tu membawa bunyi yang berbeza. Bila kita salah baca , makna ayat tu pun jadi lain. Jadi , hati - hati ketika baca. Contoh , huruf 'Qaf' kita sebut macam huruf 'Kaf' , huruf 'A'in' kita sebut macam huruf 'Alif' , huruf 'Tha' kita sebut macam huruf 'Sin' . .
Tajwid pun kena jaga. Bila kena baca dengan dengung , bila kena baca dengan jelas. .
Semua tu kita kena belajar kalau kita tak tahu atau pun kurang tahu. Apabila baca dengan elok dan betul , plus dengan tahu makna. . Ha , InsyaAllah kita dapat rasa kemanisannya.
Sabda Rasulullah SAW : " Perumpamaan seorang mukmin yang sentiasa membaca Al - Quran seumpama buah utrujah iaitu baunya amat wangi dan rasanya amat enak , manakala umpama seorang mukmin yang tidak melazimi mambaca Al - Quran seumpama buah tamar iaitu tiada bauan namun rasanya amat manis , umpama seorang munafik yang membaca Al - Quran seumpama buah raihana iaitu baunya amat wangi namun rasanya amat pahit , dan umpama seorang munafik yang tidak pernah membaca Al - Quran seumpama buah hanzalah , tiada bauan manakala rasanya amat pahit. " ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Banyak rahsia dalam Al -Quran.
Banyak ilmu yang kita boleh tahu bila baca Al - Quran. Hukum hakam dalam Islam semuanya terkandung kat situ. Ada sesetengahnya yang tak berapa clear , so Hadith la yang berperanan untuk menjelaskan lagi hukum tu.
Amatlah rugi kepada manusia yang melupakan Al - Quran dan tak pernah membacanya tetapi berbeza kepada yang menghidupkan Al - Quran dan sering membacanya sebab ,
Sabda Rasulullah SAW : " Islam datang dalam keadaan terasing dan akan kembali terasing sebagaimana mulainya , maka berbahagialah orang - orang yang terasing ( al - Ghuraba' ) itu. "
Para sahabat bertanya , " Wahai Rasulullah , siapa al - Ghuraba' ini ? " Rasulullah SAW bersabda : " Mereka adalah orang yang melakukan perbaikan ketika manusia sudah rosak. "
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW menjawab , " Iaitu orang - orang yang menghidupkan apa - apa daripada sunnahku yang telah dimatikan ( tidak diamalkan ) manusia. "
( Riwayat Muslim , Ibnu Majah dan Thabrani )
Subhanallah.
Bertuah kan ?
Tapi , apa motif kita sebenarnya nak baca Al - Quran ni ?
( omoo ! tapi lagi ? )
Kita nak baca Al - Quran dan join tadarus Al - Quran sebab nak khatamkan Al - Quran dalam masa sebulan ni ke ?
or
Kita nak baca Al - Quran sebab nak mendapatkan hidayah dan keredhaan Allah ke ?
or pilih dua - dua ?
Yang mana satu pun semuanya baik tapi lebih elok dengan semangat penghayatan dan niat ikhlas. .
Dan jadikanlah amalan membaca Al - Quran ni sebagai amalan seharian dalam kehidupan kita. Not in Ramadhan only. :)
Walkie - talkie : We did something good to others and help them sincerely when they in trouble , but they didn't appreciate even saying 'thank you' on what we have done. Don't sad about that because Allah is there to care about us and cherish us.
p/s : GumihoShi ada ' mata ikan ' . Nomo appo. Lepas tu , tergigit lagi kat situ. Nomo , nomo , nomo appo ! Hekhek. . :P
heee..ustazah ngaji da cite sal al-quran r
BalasPadamawk letak r like button..haha
sy nak je like entry2 awk nie :)
cettt !
BalasPadamhaha.xde la tere sgt.
just b'kongsi ilmu.
jd ustazah kjp je pon. blsh kang. :D
nk ltak tp xtaw cmne...
heee , ksian sye kn ?