Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .
Assalamualaikum. . .
Seconds by seconds , minutes by minutes , hours by hours ,
days by days , weeks by weeks , months by months ,
years by years , decades by decades. . .
Time pass quickly even notice it. . .
( Cehh , konon nak jd Shakespear ) (x_x)
Muharram by Safar , Safar by Rabiul Awwal , Rabiul Awwal by Rabiul Akhir , Rabiul Akhir by Jamadil Awwal , Jamadil Awwal by Jamadil Akhir , Jamadil Akhir by Rejab , Rejab by Syaaban , Syaaban by Ramadhan , Ramadhan by Syawal , Syawal by Zulkaedah , Zulkaedah by Zulhijjah and Zulhijjah by Muharram. . .
This is what we called as the cycle of months in Islam. :D
Hikhik. Mihoshi nak jadi sunsaeng la ea. Ha , meh Miho sunsaeng bagitahu kat korang pasal serba sedikit peristiwa yang berlaku dalam bulan - bulan Islam.
Taraaa !
( 1 ) Muharram
: Maal Hijrah atau Awal Muharram pada 1 haribulan dan Hari Asyura pada 10 haribulan.
: Kewafatan Saidina Hasan Ali di Karbala pada 10 haribulan tahun
ke - 61 hijrah.
ke - 61 hijrah.
( 2 ) Safar
: Peperangan Bani Qainuqak pada tahun ke - 3 hijrah.
: Peperangan Khaibar pada tahun ke - 1 hijrah.
: Kegeringan Rasulullah SAW.
( 3 ) Rabiul Awwal
: Perlantikan Rasulullah SAW menjadi rasul.
: Pembinaan masjid pertama di Quba' pada 8 haribulan.
: Hari keputeraan Rasulullah SAW pada 12 haribulan.
: Ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dalam peristiwa hijrah.
: Kewafatan Rasulullah SAW pada 12 haribulan.
( 4 ) Rabiul Akhir
: Berlakunya peperangan Jamal ( unta ) , perang saudara pertama dalam sejarah Islam.
: Bermulanya kerajaan Bani Umaiyah.
( 5 ) Jamadil Awwal
: Kelahiran Saidina Ali bin Abi Thalib pada 8 haribulan.
: Berlakunya peperangan Bani Salim di Bahran.
( 6 ) Jamadil Akhir
: Kewafatan Saidina Abu Bakar As - Siddiq pada 23 haribulan tahun ke - 13 hijrah.
: Perlantikan Saidina Umar sebagai khalifah kedua pada 8 haribulan tahun ke - 13 hijrah.
: Berlakunya peperangan Yarmuk di zaman Saidina Umar Al - khattab dalam tahun ke - 13 hijrah.
: Serangan ke atas Kota Mekah dan tembakan ke bangunan Ka'bah pada tahun ke - 73 hijrah oleh tentera
Al - Hajjaj bin Yusuf As - Saqafi.
Al - Hajjaj bin Yusuf As - Saqafi.
: Pembunuhan ke atas Abdullah bin Az - Zubair yang memerintah Kota Mekah oleh Al - Hajjaj bin Yusuf
As - Saqafi bagi pihak Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
As - Saqafi bagi pihak Khalifah Abdul Malik bin Marwan.
: Kelahiran Siti Fatimah Az - Zahrah binti Rasulullah SAW pada 20 haribulan.
( 7 ) Rejab
: Berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj pada 27 haribulan.
: Sembahyang lima waktu diisytiharkan pada peristiwa Isra' dan Mi'raj.
: Berlakunya peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW pada tahun ke - 9 hijrah.
( 8 ) Syaaban
: Malam nisfu Syaaban pada 14 haribulan.
: Pertukaran kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis ke Ka'bah pada 15 haribulan.
: Peperangan Bani Mustalik pada tahun ke - 5 hijrah.
( 9 ) Ramadhan
: Difardhukannya ibadat puasa ke atas umat Islam.
: Berlakunya peperangan Badar pada 17 haribulan tahun ke - 2 hijrah.
: Penyempurnaan pembukaan kota Mekah pada 10 haribulan tahun
ke - 8 hijrah.
ke - 8 hijrah.
: Permulaan turunnya ayat - ayat suci Al - Quran pada 17 haribulan.
: Tragedi pembunuhan Saidina Ali dalam tahun ke - 40 hijrah , beliau wafat dalam ketika memasuki masjid Kufah pada 17 haribulan.
: Berlakunya Lailatul Qadar.
( 10 ) Syawal
: Umat Islam meraikan Hari Raya Aidil Fitri pada 1 haribulan.
: Berlakunya peperangan Uhud pada 5 haribulan tahun ke - 3 hijrah.
: Berlakunya peperangan Khandak pada tahun ke - 5 hijrah.
: Kerajaan tentera Islam di zaman pemerintahan Khalifah Umar merampas Bandar Mada'in.
: Tentera Islam berjaya menawan Istana Raja Farsi yang dikenali dengan nama Istana Putih dalam tahun ke - 10 hijrah.
( 11 ) Zulkaedah
: Peristiwa umrah , perjanjian Hudaibiyah dan Baiah Ridhwan.
: Rasulullah SAW meninggalkan kota Madinah menuju Mekah untuk menunaikan Haji Wida
( Haji penghabisan ) , disertai seramai 10 000 kaum muslimin.
( Haji penghabisan ) , disertai seramai 10 000 kaum muslimin.
( 12 ) Zulhijjah
: Orang Islam yang berkemampuan difardhukan menunaikan ibadat haji di Mekah pada bulan ini.
: Peristiwa Haji Wida pada 8 haribulan tahun ke - 10 hijrah.
: Rasulullah SAW menyampaikan khutbah di hadapan kaum muslimin di Bukit Arafah sebelum selesai ibadat haji.
: Saidina Umar wafat setelah dibunuh oleh Abu Lukluk berbangsa Paris , beragama Majusi di malam rabu , di akhir bulan ini pada tahun ke - 23 hijrah.
: Saidina Uthman bin Affan dibunuh di rumahnya disamping tangannya memegang Al - Quran pada 18 haribulan tahun ke - 35 hijrah.
: Jatuhnya kerajaan Bani Umaiyah pada 27 haribulan tahun ke - 132 hijrah.
Huwaa , bila baca peristiwa - peristiwa yang berlaku dalam bulan - bulan Islam ni , baru Miho sunsaeng rasa yang Miho sunsaeng sendiri kurang pengetahuan dalam perkara ni. Tapi tak apa murid - murid !
Kita sama- sama tambah pengetahuan yaa ! Kita sama - sama berkongsi ilmu.
Bagus anak murid Miho sunsaeng ni !
Err , korang rasa Mihoshi layak ke jadi sunsaeng ? Haha , dalam blog tak apa la ea. But in reality , I'm not that confident ! Huwaa , memang tak nak pun jadi sunsaeng ~ (x _ X )
Baiklah , tamat kelas untuk hari ni.
Tingkatkan ilmu , kurangkan jemu !!
Walkie - talkie : Hidup dalam penipuan amat memenatkan. Hidup dalam kebencian amat memenatkan. Hidup dalam keegoan amat memenatkan. Hidup dalam ketakutan lantaran penipuan , kebencian dan keegoan amat memenatkan. Kenapa perlu dusta jika benar itu lebih baik walaupun pahit untuk diperkatakan ? Kenapa perlu benci jika sayang dan suka itu lebih baik walaupun sukar untuk dilakukan ? Kenapa perlu tinggi egomu jika kerendahan ego itu lebih baik walaupun hati sukar menerima ? Adakah engkau perlu hidup dalam keadaan sebegitu atau hatimu tercuit untuk berubah ke arah yang lebih baik ? Allah pasti menolongmu kerana Dia amat Penyayang. . .
p/s : Ibu dah tetapkan tema for this year. Purple ! :D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan