Khamis, 11 Ogos 2011

LOvE In SileNcE


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

Tetiba terasa nak menaip. . tap , tap , tap. .

 Haha , menarik kan bunyi dia ?  :P


Kalau korang baca entry gumihoshi yang sebelum ni , kan ada walkie talkie yang dicopy dari fb kawan gumihoshi tu kan. Bila baca ayat tu , hati macam bergetar je. Dup dap dup dap haa. Haha. Cehh , karat betul. Tak ada la. Mungkin sebab ayat tu macam gumihoshi je yang cakap. Macam betul - betul kena kat diri sendiri. 

Ohook !  :P



Adakah korang terfikir yang gumihoshi ada crush kat seseorang ?



Well , human can't escape from being fallen in love right ?



Walauapa pun , sebenarnya rasa macam tak layak nak jatuh - jatuh cinta dengan manusia ni. Sebab gumihoshi belum sepenuhnya mencintai Allah , belum sepenuhnya mencintai Rasulullah , belum sepenuhnya mencintai ibubapa sendiri. .



Walaupun hakikatnya hati ini pernah diberi pada golongan adam , tapi Allah Maha Pengasih. Allah halang diri ni untuk terus - terusan memberi hati pada insan yang salah.  Hubungan dengan golongan adam yang pernah gumihoshi jalin , tak kekal lama.

 Haha , mungkin masa tu still budak - budak. Tak matang lagi. Yang last masa matrikulasi dulu. 


( Amboi , pasang banyak ke ? ) 




Entah , pada gumihoshi , masa bercintan cintun tu tak ada rasa seronok pun. Rasa indah tu just temporary je. Buat pening kepala , beban yang datang ada la. Berdating pun biasa je. Mungkin itu peringatan dari Allah yang hakikat cinta macam tu tak ada makna yang betul - betul istimewa. 



Sangat bersyukur pada Allah. Akhirnya gumihoshi tersedar dengan kesalahan yang telah gumihoshi buat. Mungkin apa yang gumihoshi coretkan kat sini macam peristiwa yang memalukan je. Tapi , tak kisah pun sebab gumihoshi nak berkongsi dengan korang. 


Jadikan iktibar , pengajaran dan pedoman untuk korang ea.    :)



Kita semua menunggu saat - saat yang indah dalam hidup. Terdetik dalam hati , bilakah insan yang tepat untuk kita akan hadir ? 



Allah sudah menetapkan jodoh kita di luh mahfuz. Segalanya tercatat dan Allah sahaja yang tahu. Kita hanya perlu berdoa agar kita dipertemukan dengan lelaki mahupun wanita yang soleh solehah , yang mampu menjadi ketua keluarga , yang mampu menjadi imam kepada isteri serta anak , yang mampu mendidik anak dengan baik dan sebagainya. 



Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 
(an-Nur':26)



Perkahwinan itu bukanlah untuk mencari siapa yang lebih sempurna , siapa yang lebih berilmu , siapa yang lebih baik. .



Tapi perkahwinan itu adalah untuk saling melengkapi. Jika salah seorang ada kekurangan , maka yang lagi satu menjadi kelebihan untuk yang kurang dan sebaliknya. Tiada siapa yang betul - betul sempurna.



Ayat Allah dalam surah an - Nur kat atas ni bukanlah bererti yang lelaki jahat tak layak dapat perempuan baik dan perempuan jahat tak layak dapat lelaki baik. Itu semua ketentuan Allah. 




Untuk itu , kita mesti memperbaiki diri sendiri tapi bukanlah niat berubah untuk mendapatkan pasangan baik. Tapi hanya kerana Allah. Berubah kerana Allah. InsyaAllah , Allah mengadakan hikmah atas segala sesuatu yang dilakukanNya.




Mungkin Allah sudah tetapkan jodoh kita dengan insan yang pengetahuan agama. Dan kita pula alhamdulillah , lebih arif tentang agama. Jadi , seharusnya itu menjadi tanggungjawab untuk mendidik pasangan kita tentang agama. 




Dan mungkin dari segi yang lain pula kan , bab masak ke , bab kemas rumah ke dan sewaktu dengannya.




Itulah yang dikatakan saling melengkapi. 


Setiap insan ada kurang , ada yang lebih. Kita menjadi tangan yang menolong antara satu sama lain. Macam key and lock. 






Hmm , macam ayah dengan ibu gumihoshi. Ayah kurang pengetahuan dalam bab agama. So , ibu yang jadi pelengkap untuk kekurangan ayah. Every week ayah balik JB , after Maghrib ibu ajar ayah mengaji. Sweet pula aku tengok. Ayah dah macam budak - budak fardhu ain yang ibu ajar tu.  :)






Ibu pula kurang dalam bab - bab kereta , dalam hal - hal bayar itu ini dan benda - benda dalam rumah. So , ayah yang jadi pelengkap untuk kekurangan ibu tu. Ayah ajar ibu pasal kereta dan benda - benda yang ibu tak tahu. Selalu kena marah dengan ayah. Haha tapi tak la marah giler. Marah - marah manja je. Cehh.  :)



Ececehh.  :P


Adakah rupa gumihoshi macam dah berumahtangga ? 


Tapi. .



Bila hadirnya cinta yang tak dapat kita ungkapkan dengan kata - kata. .
Bukan sebab malu untuk mengakui pada insan tersebut tapi. .
lebih baik cinta yang ada pada insan itu dipendam. .
mungkin lebih baik jika cinta dalam diam. .




Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang , cukup cintai ia dalam diam. . .
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya. . .
Kau ingin memuliakan dia , dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang ,
Kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya. .





Kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu. .
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu. .



Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya. .
Kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu. . .



Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali ??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan. . .
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah. . .



Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan. . . kekuatan harapan. . .
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata. . .
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya ??




Dan jika memang 'Cinta Dalam Diammu'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata , biarkan ia tetap diam. . .



Jika dia memang bukan milikmu , Allah , melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat . . .



Biarkan 'Cinta Dalam Diammu'  itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu . . .



Cintailah ia dalam diam , dari kejauhan , dengan kesederhanaan dan keikhlasan. . .



Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba. . .mungkinkah dengan redhaNya atau hanya mengundang murkaNya. . .



Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah. .




Cukup cintai ia dalam diam. . .
bukan kerana membenci hadirnya. . .tapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia..  . tapi meraih syurgaNya bukan kerana lemah untuk menghadapinya. . .tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup. .




Cukup cintai ia dari kejauhan. . .
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaan kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana hadirmu mungkin saja akan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga. . .




Cukup cintai ia dengan kesederhanaan. . .
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan. . .




Maka cintailah ia dengan keikhlasan. . .
kerana tentu kisah Fatimah dan Ali bin Abi Thalib diingini oleh hati. . . tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta 
Salman Al Farisi. . .?




Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan. . .


Kerana tiada yang tahu agenda Tuhan. . . mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan. . . serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya. . .



" Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. "   (Umar bin Khattab ra.)



Sesungguhnya cinta dalam diam memang kadang kala dirasakan pedih 
kan ? Mungkin korang pun dapat rasa macam mana. Gumihoshi sendiri pun rasa yang sama , sebab gumihoshi sedang melalui cinta dalam diam.  


Hey , hey. . ni secret antara kita tau !  :)



Huwaa , apa - apa pun , kuasa Allah jauh lebih hebat. Usah risau tentang itu !


Selamat berpuasa semua !


Tingkatkan ibadah , kurangkan tidur !!   :D




Walkie - talkie : Apabila datang kesusahan padamu , kadang kala mungkin engkau berburuk sangka padaNya. Ingatlah bahawa Allah yang menurunkan derita padamu agar engkau lebih mengingatiNya. Disebalik derita , hadir bahagia. Bersangka baiklah pada Allah. Beristighfar jika engkau pernah berburuk snagka padaNya. SesungguhNya syaitan adalah musuhmu yang nyata. Lawanlah nafsumu !



p/s : Gumihoshi kena tolong ibu ni. Adios !

4 ulasan:

  1. gumiho shii.. saya suka choi minho shii ^^,
    jangan bocorkan kat jonghyun tau

    BalasPadam
  2. haha.
    yeke ? gumihoshi plak suke kt jonghyun.
    gil ra syah jgn gtau minhoo ye. :P

    BalasPadam
  3. wah! >.< hahaha~

    i loike ur entry damn much! hahaha. CINTA DALAM DIAM. ske ayat tu. hee~

    BalasPadam