Selasa, 16 Ogos 2011

MaN AnD WoMaN


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .

Ohaiyok ! Mihoshi sekarang sedang membetulkan biological clock yang abnormal kepada normal. Hee , harapnya berjaya la ea. Mihoshi dah tak sanggup melalui masalah tak boleh tidur sampai sahur. 


Bak kata Princess Liyana Zazuli , ini kemungkinan kerana kita pelajar - pelajar universiti yang cuti terlalu lama sampai tak tahu nak buat apa. Sampai tak rasa penat langsung dalam sehari. Tidur pun setakat berapa jam je. Huih , agaknya kot. Mihoshi kena penat - penatkan diri.


Anak Mihoshi , si Diyana Amir pula suruh Mihoshi minum susu. Aww , Mihoshi tak sanggup telan susu. Susu coklat je yang Mihoshi suka. Memilih benarrr kamu ye.  :P


Allah jadikan kita ni saling bergantung. Tak ada makhluk yang mampu sendirian. Mungkin sesetengahnya ada tapi lumrah hidup kita sebaliknya.


Murid bergantung pada cikgu , anak bergantung pada ibubapa , haiwan pun sama , tumbuh - tumbuhan pun sama bergantung pada sumber asas untuk hidup.


Lelaki bergantung pada perempuan dan sebaliknya.


Tugas lelaki ni amat berat sebenarnya. Lelaki bukan hanya kerja untuk mencari nafkah tapi menjaga keluarganya juga. Ada 4 golongan lelaki yang perlu kita tahu. Mereka ni lah yang perlu menjaga wanita daripada terus melakukan kemungkaran. . .


First of all , SUAMI. .

Suami bertanggungjawab atas apa yang isterinya lakukan. Suami perlu menegur isteri jika isterinya melakukan kesalahan. Perlu tegur jika isteri tidak menutup aurat. Jika tidak , suami akan dimasukkan ke dalam neraka atas dosa si isteri. Dosa isteri , suami yang tanggung. Pintu syurga terletak ditapak kaki suami bagi si isteri.


Secondly , AYAH. . .

Ayah bertanggungjawab untuk menegur , menjaga anak perempuannya. Ayah perlu mendidik anak perempuan dengan sebaiknya. Anak perempuan tidak menunaikan solat , tidak menutup aurat , ayah perlu tegur kerana si ayah akan berdosa atas tidak menjaga anak perempuannya. Membiarkan orang lain melihat aurat si anak. 


Thirdly , ABANG dan ADIK LELAKI. . .

Abang bertanggungjawab menjaga kakak dan adik perempuannya.  Perlu menegur jika kakak dan adik perempuan melakukan kesalahan. Sama juga seperti suami dan ayah adik lelaki dan abang perlu menyuruh kakak dan adik perempuan menutup aurat dengan sempurna , menjaga akhlak , dengan mengikut syariat Islam. 


Lastly , ANAK LELAKI. . .

 Anak lelaki juga termasuk dalam 4 golongan lelaki. Mereka tidak boleh membiarkan ibu mereka melakukan dosa. Walaupun anak perlu mentaati ibu tapi jika ibu tidak mematuhi syariat Islam , anak wajib tegur dan ingatkan. Mereka tidak boleh lepas tangan dengan hanya melihat saja ibu mereka melakukan dosa.



Itulah 4 golongan lelaki yang perlu bersedia memikul tanggungjawab untuk menjaga ahli keluarganya terutama wanita. Tidak kira suami , ayah , abang , adik lelaki ataupun anak lelaki , mereka ini wajib menjaga dan menegur ahli keluarganya sama ada isteri , ibu , kakak dan adik perempuan. 


Kita saling bergantung antara satu sama lain. Tanggungjawab ini bukan hanya terletak dibahu lelaki , wanita juga perlu bekerjasama. Wanita juga punya tanggungjawab. 


Adakah golongan wanita sanggup melihat ahli keluarganya masuk ke dalam neraka lantaran dosa yang telah dilakukan oleh mereka sendiri ? 

Sanggupkah melihat si suami masuk ke neraka atas kesalahan isteri ? 

Sanggupkah melihat si ayah masuk ke dalam neraka atas kesalahan anak perempuan ? 

Sanggupkah melihat si abang dan si adik lelaki masuk ke dalam neraka atas kesalahan kakak dan adik perempuan ? 

Sanggupkah melihat si anak lelaki masuk ke dalam neraka atas kesalahan ibu ?



Oleh sebab tu , kepada semua golongan hawa , kita ni amat berharga. Kita ni amat bernilai. Sangat - sangat bernilai. Maruah diri kita , aurat kita , semua tu perlu dijaga. Golongan lelaki diberi tanggungjawab yang besar untuk menjaga semua tu.


 Memang berdosa jika kita tak menutup aurat , berdosa jika melakukan perbuatan yang melanggar hukum Allah. . tapi siapa yang kita heret sekali untuk tanggung dosa tu ? Siapa ?


Baru saja suami , ayah , adik beradik lelaki dan anak lelaki kita mahu melangkah masuk ke dalam syurga tiba - tiba mereka terpaksa ke neraka. 

Kerana apa ? Kerana siapa ? Kerana golongan wanita. .


Jika suami , jika ayah , jika abang , jika adik lelaki kita kurang memahami pasal perkara ni. Kita perlu beritahu , kita perlu ingatkan. Golongan perempuan pun perlu tegur golongan lelaki jika mereka buat salah.


Kita hidup perlu ingat - mengingati antara satu sama lain. Kita perlu berpesan - pesan dengan kebenaran. . .


" Wahai orang - orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan - bahan bakarannya : manusia dan batu (berhala) ; neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat - malaikat yang keras kasar ( layanannya ) ; mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka , dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. "   { Al - Tahrim 66:6 }


InsyaAllah , kita boleh lakukan. 


Perubahan tu bukan dalam sekelip mata. Lagi - lagi perubahan diri daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Bukan dalam masa sehari kita boleh berubah. Tapi bila nak berubah tu perlu kekuatan. Sebab kalau tak kuatkan hati dan semangat , perubahan tu hanya sementara. Istiqamah pun penting. Bak kata pepatah , hangat - hangat tahi ayam. ( ececehh , ni bukan karam sigh walia ! ) 

This is for both. Not only for girls.

The important part is our intention. Change because of Allah , not because of others. .


Sama - sama kita menjaga ahli keluarga kita. Korang sayang kan ahli keluarga ?  :)

Tingkatkan sayang , kurangkan benci !



Walkie - talkie : " . . When you've suffered enough and your spirit is breaking , you're growing desperate from the fight . . Remember you're loved and you always will be. . "  - Linkin Park , The Messenger -


p/s : bertenagalah gumihoshi !

2 ulasan:

  1. sesungguhnya sungguh besar tnggungjawab laki2.. kkdng aku tpk aq ase macam sukar untuk mngglas stiap tnggungjawab diatas tu..huhu..

    BalasPadam
  2. insyaAllah , boleh.
    ak sndri b'dpn dgn mslh yg sme.
    tggungjwb utk menegur ahli keluarga sndri.
    ak msih blm kuat.
    lg2 nk menegur abg ngn adk laki ak.
    mgkin blm kuat iman di dada.
    insyaAllah..Allah menguji kita..

    BalasPadam