Isnin, 1 Ogos 2011

PriViLegEs In ThE MonTh Of RamAdhAn

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. . .

Assalamualaikum. . .  :)
Today is the first day of Ramadhan. How do you feel ? Is it great ? 
Or do you feel tired in the first day ?  :P

Come on guys. . Cheer up ! 

I hope you guys didn't feel down or burdened when it comes to the fasting month ~  :D
Actually , it is a great month for us ! 

Okey , tukar bahasa , tukar bahasa. Tak reti nak berspeaking. Grammar pun entah ke mana. Pheww ~  (x_x)


Bila kita bercerita tentang bulan Ramadhan , orang mesti la fikir , ouh. . bulan puasa dah datang. Perasaan tu pun kekadang macam nak tak nak je nak sambut bulan puasa. Tapi tak fikir pasal bulan Ramadhan. Fikir bulan Ramadhan , bulan untuk puasa je. Tapi tak fikir yang lain. Fikir pasal kena puasa je.


Why not kita tetapkan dalam fikiran kita , dalam ingatan kita yang bulan Ramadhan ni bukan hanya untuk kita sebagai umat Islam berpuasa. 


Tapi kita tetapkan dalam diri yang bulan Ramadhan ni , kita dapat beribadah dengan lebih banyak lagi kepada Allah , dapat rehatkan sistem pencernaan perut , dapat berubah menjadi manusia yang lebih baik , dapat membuat sesuatu dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa - apa balasan , dan seterusnya dapat merasai LailatulQadar.


Bulan Ramadhan ni bulan yang penuh dengan barakah Allah. If kita fikir , " Ala , kena puasa. Malasnya. . " macam mana kita nak dapat keberkatan dan keredhaan Allah. Hati kita tak terima , tak ikhlas dengan kedatangan Ramadhan. Try to change that perspective. Bersangka baik dengan Allah kan lebih baik. 
Fikir perkara yang positif.  :)

* * *

- Keistimewaan Ramadhan Untuk Umat Akhir Zaman -


Sememangnya umat Nabi Muhammad SAW tidak diberikan umur yang panjang oleh Allah berbanding umat - umat terdahulu. Mereka mampu beribadat kepada Allah dalam jangka masa beratus - ratus tahun. Tetapi bagi umat akhir zaman ini , perkara tersebut pasti mustahil. 


Namun , sebenarnya kita beruntung kerana diberikan keistimewaan beramal ibadah dalam bulan ynag ganjarannya lebih baik daripada seribu bulan. 


Oleh itu , marilah kita melapangkan hati seluas - luasnya untuk menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh rasa kesyukuran , kegembiraan dan semangat yang berkobar - kobar untuk merebut anugerah yang akan diberikan oleh Allah SWT. 


Rasulullah SAW selalu memberi khabar gembira kedatangan Ramadhan kepada sahabat dengan bersabda :

" Telah datang kepadamu Ramadhan , bulan yang diberkati. Allah mewajibkan kepadamu puasa dalamnya ; pada bulan ini pintu syurga dibuka , pintu neraka ditutup dan syaitan diikat. Juga ada pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan , sesiapa tidak memperoleh kebaikannya , maka dia tidak memperoleh apa - apa. "   ( Riwayat Ahmad dan An - Nasa'i )


Dalam satu riwayat oleh Thabrani , Rasulullah telah bersabda :

" Telah datang kepadamu Ramadhan , bulan keberkatan , Allah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat , menghapus dosa dan memakbulkan doa. Allah melihat kamu berlumba - lumba pada bulan ini dan membanggakanmu kepada malaikatNya , maka tunjukkanlah kepada Allah hal yang baik daripada dirimu. Kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah pada bulan ini. "


Dalam hadith riwayat Imam Ahmad , baginda SAW bersabda : 

" Umatku pada bulan Ramadhan diberi lima keutamaan yang tidak diberikan kepada umat sebelumnya iaitu ;


 bau mulut orang berpuasa lebih harum disisi Allah daripada aroma kasturi


malaikat memohonkan keampunan bagi mereka sampai mereka berbuka


Allah setiap hari menghiasi syurgaNya lalu berfirman ( kepada syurga ) , ' Hampir tiba saatnya hambaku yang soleh dibebaskan daripada beban dan derita serta mereka menuju kepadamu '


pada bulan ini jin yang jahat diikat hingga mereka tidak bebas bergerak seperti pada bulan lain serta diberikan kepada umatku ampunan pada akhir malam. "


 Baginda ditanya : " Wahai Rasulullah ! Apakah malam itu LailatulQadar ?
Jawab baginda : " Tidak. Namun orang yang beramal tentu diberi balasannya jika menyelesaikan amalnya. "


- Persediaan Hati -


> Niatkan rasa sukacita kita di dalam hati akan kedatangan bulan Ramadhan kerana sesiapa yang di hatinya merasa gembira dengan kedatangan Ramadhan , maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka.


> Bukakan hati untuk menerima didikan Ilahi melalui tarbiyah pada bulan Ramadhan.


> Motivasikan diri untuk hidup pada bulan Ramadhan dengan penuh bermakna dengan mendapat rahmat Allah , keampunanNya dan kelepasan daripada azab api neraka.


> Rasakan seolah - olah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir buat kita , tiada lagi peluang bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.


> Rasakan kenikmatan , kedamaian dan ketenangan bersama Ramadhan lantaran terlalu hampirnya Allah SWT kepada hamba - hambaNya yang hidup pada malam - malam Ramadhan.


credit to ANIS.
* * *


Subhanallah , begitu banyak keistimewaan bulan Ramadhan untuk kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang. . Kita sebagai hamba perlulah merebut peluang yang diberikan Allah untuk kita pada bulan Ramadhan ini.  :)

Tingkatkan maaruf , kurangkan mungkar !

Selamat Menyambut Ramadhan dari GumihoShi. . .  :D

Sekian.  



Walkie - talkie : Orang soleh merasakan keperitan dan kesusahan puasa Ramadhan sebagai nikmat yang tiada bandingannya kerana yakin dengan janji - janji Allah SWT. Manakala orang a'si ( orang yang melakukan maksiat ) merasakan Ramadhan adalah bulan yang penuh kesengsaraan lantaran tuntutan nafsu tidak dapat dipenuhi.





p/s : berusaha untuk melakukan yang terbaik ! sedang belajar memasak ~  :P



2 ulasan:

  1. selamat berpuasa mot..semoga cepat gemok :)

    BalasPadam
  2. omoo ~ haha
    xde gemok2 nye.
    nnt naek sem nak bli HL la !
    muahahaha... :P

    BalasPadam